Thursday, November 6, 2014

J G MEAKIN


Ini pula pinggan JG Meakin warna biru. Asalnya koleksi ibu saya zaman dia muda-muda dulu. Pada masa itu belum keluar lagi jenama duralex,arcopal, vereco dll.Pinggan ni antara pinggan yang menjadi kegemaran surirumah untuk menghidang makanan kepada tetamu. Dalam koleksi saya sekarang hanya tinggal beberapa biji sahaja iaitu pinggan nasi dan pinggan lauk. Adik beradik lain tak mahu,jadi sayalah yang empunya.Bila buka blog pinggan lama.masih banyak lagi pinggan jenama JG Meakin ini menjadi koleksi kegemaran blogger. So saya rasa bertuah kerana masih memiliki koleksi ini walaupun tidak lengkap. Jenama ini saya rasa dah tak keluar lagi di pasaran.Koleksi saya dah berusia lebih 45 tahun. Dah jadi antiklah tu.




PINGGAN NASI BUNGA HIJAU

Satu lagi pinggan nasi peninggalan nenek. Pinggan berbunga hijau penuh, lebih tebal berbanding pinggan cina. Masih elok dalam simpanan. Nostalgia masak nasi pakai dapur kayu, kayu api dikutip sekeliling rumah. Berlaukkan gulai daging pekasam daun kesum dan sambal jeruk. Aduh sedapnya.



PINGGAN NENEK DI KAMPUNG


Ini pula pinggan peninggalan nenek. Bukan pinggan cina, mungkin dari england. Corak jalur biru di tepi sekeliling pinggan. Pinggan  inilah yang digunakan untuk makan di rumah nenek, cuma yang ada di tangan saya dua biji saja, itupun dah sompek. Tapi tak apa sekurang-kurangnya menjadi kenang kenangan masa kecik-kecik dulu, makan nasi berlauk ikan pekasam dengan sambal jeruk. Pinggan ni pun dah berusia 60 tahun lebih.









Monday, November 3, 2014

PINGGAN MANGKUK LAMA

Saya mempunyai koleksi pinggan mangkuk lama dan barangan tembaga warisan dari nenek dan ibu saya. Koleksi tersebut hanya untuk simpanan dan kenang-kenangan anak cucunya. Sesetengahnya  barangan tersebut sudah sukar diperolehi lagi pada zaman ini. Di sini saya juga ingin berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat pinggan mangkuk lama.


Ini mangkuk tureen three roses.

Tureen ini selalu digunakan oleh ibu saya sewaktu menghidang sup atau lauk pauk berkuah kepada arwah ayah 40 tahun yang dulu. Masa tu belum ada lagi  mangkuk pyrex. Saya selalu lihat dalan blog pinggan mangkuk lama  tureen ni selalu diketengahkan. Sebenarnya tureen ni ada dua biji, satunya kecil tapi dah pecah tinggal tudung sahaja, masih saya simpan. Celik mata sahaja tureen ni dah ada, jadi tak tahulah berapa usianya. Jadi tureen ini menjadilah barang antik bagi saya. Kenang kenangan terhadap arwah orang tua saya.



Ini pandangan bawah tureen tersebut dan cap buatannya, tapi tak pasti made in mana. Tapi cap mahkotanya macam buatan England. Sesiapa yang ada maklumatnya boleh berkongsilah dengan saya.

SPM 2014 BERMULA HARI INI

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2014 kepada semua calon di seluruh Malaysia terutamanya kepada calon di Tanah Merah.



Semoga tenang menghadapi peperiksaan.Jangan tiru-tiru atau bocor-bocor.