Monday, November 3, 2014

PINGGAN MANGKUK LAMA

Saya mempunyai koleksi pinggan mangkuk lama dan barangan tembaga warisan dari nenek dan ibu saya. Koleksi tersebut hanya untuk simpanan dan kenang-kenangan anak cucunya. Sesetengahnya  barangan tersebut sudah sukar diperolehi lagi pada zaman ini. Di sini saya juga ingin berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat pinggan mangkuk lama.


Ini mangkuk tureen three roses.

Tureen ini selalu digunakan oleh ibu saya sewaktu menghidang sup atau lauk pauk berkuah kepada arwah ayah 40 tahun yang dulu. Masa tu belum ada lagi  mangkuk pyrex. Saya selalu lihat dalan blog pinggan mangkuk lama  tureen ni selalu diketengahkan. Sebenarnya tureen ni ada dua biji, satunya kecil tapi dah pecah tinggal tudung sahaja, masih saya simpan. Celik mata sahaja tureen ni dah ada, jadi tak tahulah berapa usianya. Jadi tureen ini menjadilah barang antik bagi saya. Kenang kenangan terhadap arwah orang tua saya.



Ini pandangan bawah tureen tersebut dan cap buatannya, tapi tak pasti made in mana. Tapi cap mahkotanya macam buatan England. Sesiapa yang ada maklumatnya boleh berkongsilah dengan saya.

No comments:

Post a Comment